Monday, September 8, 2014

Pendaftaran simkad ameen clixster di Subaidah Restoran seberang Jaya

Salam Sejahtera !

Aktiviti semalam - hari Ahad. Appointment yang sudah aku setkan beberapa hari lepas. Dah lama tak jumpa rakan ni, mungkin dah lebih dari setahun. Selepas menghantar beberapa mesej melalui FB, kami set untuk berjumpa di Seberang Jaya untuk aku kongsikan serba sedikit tentang bisnes Ameen Clixster.

Jam 11 pagi kami berjumpa di restoran subaidah. Makan pagi dulu, pekena roti canai, nanti baru cerita pasal bisnes Ameen Clixster.

Kali ini mudah aku berkongsi cerita sebab serba sedikit beliau dah tahu tentang Ameen Clixster sejak versi 1.0 dulu sebab beliau dah pernah terjumpa flyer mengenai bisnes ini beberapa bulan yang lepas.

Seperti biasa aku menggunakan slides presentasi yang biasa aku gunakan di dalam persembahan one to one yang lepas-lepas. Selepas berkongsi kebaikan dan kelebihan yang ada di dalam program keusahawanan Ameen clixster seperti masa berbual percuma dan pakej data internet yang murah iaitu RM17 untuk 1GB, beliau terus berminat untuk mendaftarkan dua simkad, satu simkad nombor baru dan satu lagi simkad untuk mengekalkan nombor lama.


Memang mudah sebenarnya bisnes telco networking seperti Ameen clixster ini terutama sekali terdapat pelbagai faedah yang tidak ada di dalam simkad dari telco yang lain. Sebagai ringkasannya ada 7 faedah utama di dalam Ameen Clixster yang menyebabkan aku terjerumus ke dalam bisnes yang sungguh luarbiasa ini .

7 faedah tersebut ialah :


  1. Masa berbual percuma sesama clixster
  2. Internet yang murah
  3. Short call dengan kadar panggilan yang rendah
  4. Perkhidmatan tambahan seperti pakej Mykifayah dan MyCare Medical Card
  5. Perlindungan kemalangan diri (PA) sehingga RM100,000
  6. Tapak e-mall untuk mempromosikan apa saja produk di internet 
  7. Ganjaran memperolehi pendapatan sehingga 7 generasi referral
Inilah yang membuatkan aku berminat untuk menjalankan bisnes Ameen Clixster. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 7 perkara di atas, anda boleh membawaturun e-buku percuma Ameen Clixster dengan klik di sini .

Perbualan kami berakhir pada jam 1:00 petang. Pada sebelah petangnya aku ada satu lagi sessi appointment dengan seorang rakan yang sebelum ini telah membawaturun e-buku dari internet dan berminat untuk menyertai bisnes ini. Perbualan kami tidak lama sebab beliau sudah membaca e-buku tersebut dan memang berminat untuk mendapatkan simkad Ameen Clixster pada pertengahan bulan nanti.

Salam Hormat !

Kaz @HomeBiz Dad 

Sunday, September 7, 2014

Presentasi Ameen Clixster di Guar Perahu

Salam sejahtera,

Hari sabtu ini aku ada satu appointment Ameen Clixster pada sebelah petang. Namun selepas ber-whatsapp dengan prospek beliau tidak dapat menunaikan appointment di sebelah petang sebab berada di kampung. Appointment tersebut aku tunda pada minggu depan pulak. Ini perkara biasa dalam bisnes networking sebegini.

Namun, aku terima panggilan telefon dari salah seorang rakan niaga Ameen clixster di Level ke 3 petang tadi. Beliau nak dapatkan stok simkad di samping meminta bantuan aku untuk memberikan penerangan kepada rakan niaga beliau (iaitu di level ke 4 aku). Bermakna sekiranya prospek tersebut menyertai Ameen, bermakna beliau akan berada di Level ke 5 aku. Bagi aku, ok je. Itulah sebabnya kenapa aku tercari-cari satu bisnes telco yang memberikan komisen ke dalam. Bermakna aku juga boleh turut membantu rakan niaga di level 3,4, dan 5 untuk memberikan presentasi sehingga mereka benar-benar mahir di dalam memberikan persembahan one to one.



Aku berikan kata setuju untuk membantu dan menetapkan appointment di sebelah malam pada jam 9:30 malam. Aku bertolak ke Guar Perahu selepas menunaikan solat Isyak. Maklum saja waktu isyak masuknya awal di bulan september ini jadi lebih baik aku tunaikan dulu tanggungjawab ini.

Sampai di Guar Perahu aku terus ke tempat yang di janjikan iaitu tempat di mana kali pertama aku membuat presentasi untuk rakan niaga di level ke 3 tersebut. Sudah ada 3 orang yang menunggu termasuk prospek yang memang sudah berminat untuk menyertai bisnes telco Ameen Clixster ini.

Aku membuka laptop dan memberikan perkongsian serba sedikit dengan menggunakan slide ppt yang baru aku bawa turun petang tadi. Slides presentasi yang sama yang di gunakan semasa preview bisnes Ameen di Ipoh.

Ada beberapa persoalan dari prospek terutamanya mengenai pakej perlindungan kemalangan diri (PA) sebanyak RM100,000. . Apa yang aku tahu aku jawap, yang aku tak pasti kena KIV dan nanti aku dapatkan kepastian dari pihak HQ Ameen Clixster.

Alhamdullilah selesai presentasi beliau terus ambil satu simkad Clixster yang baru sebab smartphone beliau boleh menggunakan dua simkad. Selain daripada simkad beliau juga membeli topup sebanyak RM40 sebab beliau bercadang untuk melanggan program Ameen 17 dan membeli pakej data awesome 17 (RM17 untuk 1GB selama 30 hari).

Proses pendaftaran dan mengaktifkan pakej Ameen bermula. Aku biarkan kedua-dua orang upline prospek tersebut dan si prospek yang melakukannya dengan sedikit tunjuk ajar.



Malam ini, seorang lagi menyetai ACE Group di dalam program Keusahawanan Ameen Clixster. Bisnes simkad ini memang mudah sebab pengguna telefon bimbit memang terlalu ramai malahan di Malaysia sahaja statistik menunjukkan pengguna telefon bimbit melebihi 43 juta. Bermakna ramai yang memiliki lebih daripada 1 telefon bimbit.

Anda berminat nak memulakan bisnes telco Ameen clixster sekupang dua ini? Saya ada sediakan sebuah e-buku percuma yang membongkar 7 rahsia kenapa Simkad Ameen Clixster menjadi pilihan.

Jika berminat mendapatkan e-buku percuma Ameen Clixster ini klik sahaja di sini .

Malam kian larut, jam 11:30 malam aku keluar meninggalkan Guar Perahu menuju destinasi seterusnya .... iaitu di depan laptop ini sambil update blog perjalananan ku menuju ke arah kebebasan kewangan dan masa !

Salam hormat,

Kaz @HomeBiz Dad

Saturday, September 6, 2014

Bisnes telco sekupang dua pulangannya lumayan di bulan pertama bersama Ameen Clixster

Salam Sejahtera !

Kata pepatah perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Alhamdullilah, keputusan aku untuk menyertai keluarga Ameen Clixster dan menjalankan Program Keusahawanan Clixster tidak sia-sia.

Walaupun menyertainya pada bulan Mei dan hanya tunggu dan lihat sehingga pelancaran V2.0 Ameen Clixster di lancarkan, ianya memberikan pulangan yang lumayan juga di dalam bulan pertama memulakan langkah selepas Hari Raya yang lepas.

Program Keusahawanan Ameen Clixster menawarkan pelan pemasaran unilevel di mana ianya membayar sehingga 7 generasi. Memang lumayan sebab pembayarannya boleh sehingga 7 generasi berbanding dengan pesaing yang lain yang hanya memberikan ganjaran 3 ke 4 generasi sahaja.




Di Ameen Clixster terdapat 3 pakej program keusahawanan yang di tawarkan iaitu pakej Ameen 17, pakej Ameen 37 dan pakej Ameen 67. Kesemuanya menawarkan komisen unilevel yang berbeza. Dan inilah kekuatan yang ada di dalam pelan pemasaran Ameen Clixster.

Bulan pertama all-out di Ameen bermula pada Ogos lepas, membuahkan pendapatan 4 angka ... Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana dengan bisnes sekupang dua ini boleh dapat pulangan sedemikian rupa di bulan pertama.





Inilah sebab kenapa aku beralih ke bisnes networking berasaskan produk telekomunikasi seperti prepaid bisnes di Ameen Clixster.

Aku mengariskan 7 sebab utama Clixster menjadi pilihan dan ianya sudah di bukukan dan anda boleh mendapatkan e-buku 7 sebab kenapa Simkad Ameen Clixster menjana pasif income untuk anda secara percuma dengan klik di sini.

Perjalananku di teruskan lagi ..... masih ramai di luar sana yang perlu aku kongsikan konsep bisnes telco prepaid yang hebat dan luarbiasa ini.

Jika insan ini boleh melakukannya di depan laptop dan smartphone secara part time anda juga sudah pasti boleh !

Salam Hormat,

Kaz @HomeBiz Dad

Friday, September 5, 2014

Menjejaki rakan niaga sebagai Stokis di Ameen clixster di Simpang Ampat

Salam hormat,

Kehebatan dan bahang bisnes telco Ameen Clixster sudah mula terasa. Kesibukan di siang hari dengan tugas kerjaya tidak menghalang aku untuk meneruskan misi di sini, misi mencari status kebebasan kewangan yang mana satu masa dulu pernah aku kecapi.

Malam tadi aku berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang rakan lama yang sudah mendapatkan simkad clixster beberapa minggu yang lalu tetapi masih belum menyertai Program Keusahawanan Ameen Clixster sebab beliau mahu mendaftar terus sebagai seorang Stokis bagi kawasan Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Sudah beberapa hari aku set nak jumpa dengan beliau namun di sebabkan jadual appointment yang penuh di sepanjang minggu, hanya semalam dapat aku penuhi appointment ini.

Kami bertemu di tempat biasa .... port di Bandar Tasek Mutiara di Restoran Shaik Dawood. Sejak berhenti kerja dan menjalankan bisnes sepenuh masa, beliau sangat-sangat happy kerana sudah tak terikat dengan jadual kerja di pejabat.

Sambil menikmati capati yang memang enak, kami berbual dan berbincang tentang strategi bisnes Ameen Clixster, apa yang aku boleh bantu dan apa yang beliau boleh lakukan.

Setelah melanggan Program Keusahawanan Ameen Clixster dengan menggunakan sistem SMS yang mudah dan ringkas, beliau terus mendaftar sebagai Stokis yang membolehkan beliau membeli simkad dengan harga yang lebih rendah daripada HQ Ameen.


Jika anda nak tahu apa kelebihan menjadi stokis center Ameen Clixster, mari saya senaraikan di sini. Dengan bermodalkan RM1000 (Promosi) anda akan mendapat kelebihan sebagai Stokis Ameen seperti di bawah :

  • Layak mendapat reload komisen sebanyak 4%
  • Menerima 10 keping simkad 
  • Layak membeli simkad dengan harga RM6
  • RM300 di masukkan sebagai airtime reload
  • Layak menerima komisen memperkenalkan Mobil dan Stokis sehingga 7 generasi
Sebagai seorang stokis, selain daripada komisen melalui networking di dalam Program Keusahawanan Ameen Clixster, stokis juga layak mendapat komisen memperkenalkan stokis yang lain iaitu sebanyak RM350 dan bagi memperkenalkan mobil iaitu sebanyak RM100.

Di sinilah kelebihan yang ada jika anda mendaftar sebagai Stokis. Terutama sekali apabila Ameen mula memperkenalkan faedah-faedah baru di dalam V2.0 di peringkat kedua nanti.

Perbualan dan perbincangan kami berakhir dalam jam 11:30 malam dan aku meneruskan perjalanan di dalam misi mengejar matlamat di Ameen Clixster untuk hari-hari berikutnya !

Jika anda berminat nak tahu kenapa saya memilih bisnes sekupang dua telco Ameen Clixster, dapatkan e-buku percuma Ameen Clixster dengan klik di sini

Salam Hormat !

Kaz @HomeBiz Dad 

Thursday, September 4, 2014

Catatan perjalanan di dalam bisnes Telco Ameen Clixster

Salam sejahtera !

Saya ingin mula mencatatkan kisah perjalanan di dalam perniagaan Telco Ameen Clixster di sini ! Semoga ianya boleh menjadi motivasi kepada diri saya untuk meneruskan perjalanan di dalam perniagaan di industri networking di dalam bidang telekomunikasi sehingga sampai ke matlamat yang ingin di tuju.

Perjalanan di Ameen Clixster bermula pada bulan Mei 2014 yang lepas apabila saya mula tercari-cari satu peluang bisnes telco yang boleh di lakukan dari rumah untuk menjana pendapatan sampingan. Sejak kehangatan bisnes telco ini yang di pelopori oleh satu syarikat T yang sedang hangat di perkatakan, saya mencari satu alternatif baru untuk memulakan karier di bidang ini.

Memang sejak dulu, saya suka mencari sesuatu yang baru untuk saya merintis jalan ke arah matlamat yang di tuju daripada mengambil peluang yang sudah berada di pasaran 4-5 tahun. Dalam pencarian selama beberapa bulan tersebut saya di pertemukan dengan pelbagai syarikat telco yang menawarkan pakej networking. Namun ianya tidak mencapai citarasa ataupun ciri-ciri yang di cari.

Akhirnya saya terjumpa Ameen Clixster. Pada ketika Ameen di dalam proses memperkenalkan program keusahawanan Ameen v2.0 . Saya menghubungi beberapa nama yang saya jumpa di internet tapi ramai yang sudah tidak aktif ataupun tidak menjawab sms ataupun panggilan telefon dari saya.



Setelah mencuba, akhirnya saya dapat bercakap dengan GM Ameen Clixster yang secara kebetulan akan pulang ke kampung di Alor Star pada hujug minggu tersebut. Ini peluang bagi saya sebab Alor Star tak lah jauh sangat daripada lokasi saya di Pulau Pinang.

Pertemuan dengan GM menyakinkan saya tentang bisnes Ameen Clixster walaupun pada masa tersebut iaitu pada bulan Mei, Ameen belum lagi melancarkan program v2.0 yang di jangka kan untuk di lancarkan pada bulan Jun 2014.

Saya terus mengambil kesempatan dengan menyertai Ameen dan seterusnya mendaftar sebagai Mobil Commerce. Jangkaan pelancaran v2.0 pada bulan Jun tidak kesampaian, ianya hanya di lancarkan pada bulan Julai 2014 iaitu pada bulan puasa yang lepas. Maka di situ lah bermulanya perjalanan saya dan rakan-rakan di dalam Ameen Clixster. Perjalanan di tingkatkan lagi pada bulan Ogos dan alhamdulillah ianya menghasilkan pendapatan yang lumayan di bulan pertama aktif secara langsung di Ameen Clixster dengan berpendapatan 4 angka sebulan.

Maka bermulalah satu lagi cerita perjalanan kami di Ameen Clixster bersama Ace Group Network yang kini kian berkembang di seluruh Malaysia.



Jika anda berminat mendapatkan e-buku percuma "7 sebab kenapa saya memilih simkad Ameen Clixster" sila klik pada link di sini untuk membawa turun e-buku Ameen Clixster tersebut .

Salam hormat !

KAZ @Homebiz Dad