Sunday, September 7, 2014

Presentasi Ameen Clixster di Guar Perahu

Salam sejahtera,

Hari sabtu ini aku ada satu appointment Ameen Clixster pada sebelah petang. Namun selepas ber-whatsapp dengan prospek beliau tidak dapat menunaikan appointment di sebelah petang sebab berada di kampung. Appointment tersebut aku tunda pada minggu depan pulak. Ini perkara biasa dalam bisnes networking sebegini.

Namun, aku terima panggilan telefon dari salah seorang rakan niaga Ameen clixster di Level ke 3 petang tadi. Beliau nak dapatkan stok simkad di samping meminta bantuan aku untuk memberikan penerangan kepada rakan niaga beliau (iaitu di level ke 4 aku). Bermakna sekiranya prospek tersebut menyertai Ameen, bermakna beliau akan berada di Level ke 5 aku. Bagi aku, ok je. Itulah sebabnya kenapa aku tercari-cari satu bisnes telco yang memberikan komisen ke dalam. Bermakna aku juga boleh turut membantu rakan niaga di level 3,4, dan 5 untuk memberikan presentasi sehingga mereka benar-benar mahir di dalam memberikan persembahan one to one.



Aku berikan kata setuju untuk membantu dan menetapkan appointment di sebelah malam pada jam 9:30 malam. Aku bertolak ke Guar Perahu selepas menunaikan solat Isyak. Maklum saja waktu isyak masuknya awal di bulan september ini jadi lebih baik aku tunaikan dulu tanggungjawab ini.

Sampai di Guar Perahu aku terus ke tempat yang di janjikan iaitu tempat di mana kali pertama aku membuat presentasi untuk rakan niaga di level ke 3 tersebut. Sudah ada 3 orang yang menunggu termasuk prospek yang memang sudah berminat untuk menyertai bisnes telco Ameen Clixster ini.

Aku membuka laptop dan memberikan perkongsian serba sedikit dengan menggunakan slide ppt yang baru aku bawa turun petang tadi. Slides presentasi yang sama yang di gunakan semasa preview bisnes Ameen di Ipoh.

Ada beberapa persoalan dari prospek terutamanya mengenai pakej perlindungan kemalangan diri (PA) sebanyak RM100,000. . Apa yang aku tahu aku jawap, yang aku tak pasti kena KIV dan nanti aku dapatkan kepastian dari pihak HQ Ameen Clixster.

Alhamdullilah selesai presentasi beliau terus ambil satu simkad Clixster yang baru sebab smartphone beliau boleh menggunakan dua simkad. Selain daripada simkad beliau juga membeli topup sebanyak RM40 sebab beliau bercadang untuk melanggan program Ameen 17 dan membeli pakej data awesome 17 (RM17 untuk 1GB selama 30 hari).

Proses pendaftaran dan mengaktifkan pakej Ameen bermula. Aku biarkan kedua-dua orang upline prospek tersebut dan si prospek yang melakukannya dengan sedikit tunjuk ajar.



Malam ini, seorang lagi menyetai ACE Group di dalam program Keusahawanan Ameen Clixster. Bisnes simkad ini memang mudah sebab pengguna telefon bimbit memang terlalu ramai malahan di Malaysia sahaja statistik menunjukkan pengguna telefon bimbit melebihi 43 juta. Bermakna ramai yang memiliki lebih daripada 1 telefon bimbit.

Anda berminat nak memulakan bisnes telco Ameen clixster sekupang dua ini? Saya ada sediakan sebuah e-buku percuma yang membongkar 7 rahsia kenapa Simkad Ameen Clixster menjadi pilihan.

Jika berminat mendapatkan e-buku percuma Ameen Clixster ini klik sahaja di sini .

Malam kian larut, jam 11:30 malam aku keluar meninggalkan Guar Perahu menuju destinasi seterusnya .... iaitu di depan laptop ini sambil update blog perjalananan ku menuju ke arah kebebasan kewangan dan masa !

Salam hormat,

Kaz @HomeBiz Dad

No comments:

Post a Comment