Friday, September 5, 2014

Menjejaki rakan niaga sebagai Stokis di Ameen clixster di Simpang Ampat

Salam hormat,

Kehebatan dan bahang bisnes telco Ameen Clixster sudah mula terasa. Kesibukan di siang hari dengan tugas kerjaya tidak menghalang aku untuk meneruskan misi di sini, misi mencari status kebebasan kewangan yang mana satu masa dulu pernah aku kecapi.

Malam tadi aku berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang rakan lama yang sudah mendapatkan simkad clixster beberapa minggu yang lalu tetapi masih belum menyertai Program Keusahawanan Ameen Clixster sebab beliau mahu mendaftar terus sebagai seorang Stokis bagi kawasan Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Sudah beberapa hari aku set nak jumpa dengan beliau namun di sebabkan jadual appointment yang penuh di sepanjang minggu, hanya semalam dapat aku penuhi appointment ini.

Kami bertemu di tempat biasa .... port di Bandar Tasek Mutiara di Restoran Shaik Dawood. Sejak berhenti kerja dan menjalankan bisnes sepenuh masa, beliau sangat-sangat happy kerana sudah tak terikat dengan jadual kerja di pejabat.

Sambil menikmati capati yang memang enak, kami berbual dan berbincang tentang strategi bisnes Ameen Clixster, apa yang aku boleh bantu dan apa yang beliau boleh lakukan.

Setelah melanggan Program Keusahawanan Ameen Clixster dengan menggunakan sistem SMS yang mudah dan ringkas, beliau terus mendaftar sebagai Stokis yang membolehkan beliau membeli simkad dengan harga yang lebih rendah daripada HQ Ameen.


Jika anda nak tahu apa kelebihan menjadi stokis center Ameen Clixster, mari saya senaraikan di sini. Dengan bermodalkan RM1000 (Promosi) anda akan mendapat kelebihan sebagai Stokis Ameen seperti di bawah :

  • Layak mendapat reload komisen sebanyak 4%
  • Menerima 10 keping simkad 
  • Layak membeli simkad dengan harga RM6
  • RM300 di masukkan sebagai airtime reload
  • Layak menerima komisen memperkenalkan Mobil dan Stokis sehingga 7 generasi
Sebagai seorang stokis, selain daripada komisen melalui networking di dalam Program Keusahawanan Ameen Clixster, stokis juga layak mendapat komisen memperkenalkan stokis yang lain iaitu sebanyak RM350 dan bagi memperkenalkan mobil iaitu sebanyak RM100.

Di sinilah kelebihan yang ada jika anda mendaftar sebagai Stokis. Terutama sekali apabila Ameen mula memperkenalkan faedah-faedah baru di dalam V2.0 di peringkat kedua nanti.

Perbualan dan perbincangan kami berakhir dalam jam 11:30 malam dan aku meneruskan perjalanan di dalam misi mengejar matlamat di Ameen Clixster untuk hari-hari berikutnya !

Jika anda berminat nak tahu kenapa saya memilih bisnes sekupang dua telco Ameen Clixster, dapatkan e-buku percuma Ameen Clixster dengan klik di sini

Salam Hormat !

Kaz @HomeBiz Dad 

No comments:

Post a Comment