Aktiviti semalam - hari Ahad. Appointment yang sudah aku setkan beberapa hari lepas. Dah lama tak jumpa rakan ni, mungkin dah lebih dari setahun. Selepas menghantar beberapa mesej melalui FB, kami set untuk berjumpa di Seberang Jaya untuk aku kongsikan serba sedikit tentang bisnes Ameen Clixster.
Jam 11 pagi kami berjumpa di restoran subaidah. Makan pagi dulu, pekena roti canai, nanti baru cerita pasal bisnes Ameen Clixster.
Kali ini mudah aku berkongsi cerita sebab serba sedikit beliau dah tahu tentang Ameen Clixster sejak versi 1.0 dulu sebab beliau dah pernah terjumpa flyer mengenai bisnes ini beberapa bulan yang lepas.
Seperti biasa aku menggunakan slides presentasi yang biasa aku gunakan di dalam persembahan one to one yang lepas-lepas. Selepas berkongsi kebaikan dan kelebihan yang ada di dalam program keusahawanan Ameen clixster seperti masa berbual percuma dan pakej data internet yang murah iaitu RM17 untuk 1GB, beliau terus berminat untuk mendaftarkan dua simkad, satu simkad nombor baru dan satu lagi simkad untuk mengekalkan nombor lama.
Memang mudah sebenarnya bisnes telco networking seperti Ameen clixster ini terutama sekali terdapat pelbagai faedah yang tidak ada di dalam simkad dari telco yang lain. Sebagai ringkasannya ada 7 faedah utama di dalam Ameen Clixster yang menyebabkan aku terjerumus ke dalam bisnes yang sungguh luarbiasa ini .
7 faedah tersebut ialah :
- Masa berbual percuma sesama clixster
- Internet yang murah
- Short call dengan kadar panggilan yang rendah
- Perkhidmatan tambahan seperti pakej Mykifayah dan MyCare Medical Card
- Perlindungan kemalangan diri (PA) sehingga RM100,000
- Tapak e-mall untuk mempromosikan apa saja produk di internet
- Ganjaran memperolehi pendapatan sehingga 7 generasi referral
Inilah yang membuatkan aku berminat untuk menjalankan bisnes Ameen Clixster. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 7 perkara di atas, anda boleh membawaturun e-buku percuma Ameen Clixster dengan klik di sini .
Perbualan kami berakhir pada jam 1:00 petang. Pada sebelah petangnya aku ada satu lagi sessi appointment dengan seorang rakan yang sebelum ini telah membawaturun e-buku dari internet dan berminat untuk menyertai bisnes ini. Perbualan kami tidak lama sebab beliau sudah membaca e-buku tersebut dan memang berminat untuk mendapatkan simkad Ameen Clixster pada pertengahan bulan nanti.
Salam Hormat !
Kaz @HomeBiz Dad
No comments:
Post a Comment